Selasa, 20 Disember 2011

Jika Esok Masih Ada.



Jika esok masih ada,
aku ingin mencari jawapan pada segala pertanyaan.
Yakini segalanya bukan hakiki.
Kekadang berbisik Sang Puteri Maya di celah malam salju
dengan lunak suaranya.
Yang pasti, kata-katanya berbaur fitnah.

Jika esok masih ada,
aku tidak akan mendustakan malamku.
Hanya lorong-lorong kelam yang menjadi saksi.
Hati yang pilu meratap hiba.
Sepi..aku terpenjara.
Namun tiada siapa yang mengerti
kecuali Yang Maha Esa,
bahawa aku tidak berdusta.


+ ditulis pada 2002.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan