Jangan Bunuh Rama-Rama



Yang ketawa terus ketawa,
yang menangis tercari-cari.
Aku menangis dalam ketawa.
Sesungguhnya ini jalanku yang lurus.
Ada yang ingin bertanya,
Apa itu? Apa ini?
Mengapa begitu? Mengapa begini?
Kalau begitu? Kalau begini?
Mana itu? Mana ini?
Memang kita harus bertanya,
kalau tidak, masakan dapat sagunya?

Yang ingin bertanya teruskan bertanya.
Yang ingin menjawab, jawablah.
Aku akan teruskan perjalananku.
Sekiranya hari esok aku tidak kelihatan di sana atau di sini
tidak mengapa,


kerana,


Aku masih aku yang asalnya aku.
Aku yang telah menjadi aku sehingga sekarang,
dan akan meneruskan aku yang akan datang.



** Dipetik daripada drama 'Jangan Bunuh Rama-Rama' oleh Datuk Noordin Hassan;
dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka.