Dah pukul tiga pagi.
Mata masih terbelalak.
Lebam juga.
Inilah akibatnya, bila bosan minum nescafe.
Kalau bosan pun, janganlah pukul 12 malam kau togok nescafe.
Baik tidur je.
Sekarang sebab nescafe, kepala dah sakit.
Mata pula dah mengantuk tapi tak mahu lelap.
Puas otak pujuk supaya tidur tapi die buat dek je.
Nak tunggu sampai bila mata?
Tolonglah tidur.
Aku tahu kau merajuk sebab kau letih.
Tapi aku paksa kau tengok filem Transformer Dark of The Moon.
Tambah lagi dengan filem Green Lantern.
Main facebook, main twitter, main blog, waktu sepatutnya kau lelap.
Kau letih, kau marah.
Aku janji lepas ni aku jaga kau baik-baik.
Bukan jaga kau baik-baik bagi kau tidur sepanjang masa.
Jangan nak mengada.
Aku jaga kau tak bagi kau penat.
Aku bersihkan kau dari tahi mata setiap pagi.
Aku basuh kau bersih-bersih.
Aku buang bulu mata yang suka menempel kat kau.
Kalau kau kering, rasa perit aku bagi lebih kelembapan mata (eyemore moist) kat kau.
Boleh?
Atau kau nak aku urut kau tiap malam?
Apa saja.
Cuma tolonglah lelap.
Walaupun esok Ahad, kau perlu berjaga untuk Dragon Ball Z pukul sepuluh pagi.
Tak boleh terlepas.
Oh, aku pentingkan diri?
Janganlah macam tu.
Aku jaga kau nanti, janji.
Di meja kopi ruang tamu.
Putrajaya.
3:15 pagi.
18 Disember 2011.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan