yang menerangi hati dan menyinar
menyuluh menjadi pedoman
membawaku merempuh indahnya alam.
Lupakan resah
tidak perlu parau bertanya,
adakah matahati ini suci kembali
dalam pernah ianya diselaputi dosa
dan pula
dalam pada aku lupa ianya amat berharga.
Kini aku lemah,
lemah dalam pelukan longlai sendiri.
Mungkinkah matahati ini sendiri ketawa
dengan perbuatan insan keduanya
tapi tidak pernah ingin membalas?
Kerana matahati ini telah lama mati.
Mata tanpa salam
mati dalam jihad
merealisasi impian demi kebaikan
dan demi dirinya yang telah di noda.
Demi kau matahati.
+ 2002.