Di sini adalah tempat untuk aku berkongsi catatan kisah kehidupan yang aku lalui.
Ditulis dalam bentuk kata-kata, catatan kendiri, puisi atau bait-bait puitis.
Jika bukan kisah aku pun, tentunya kisah orang-orang terdekat aku, juga mungkin jiran aku.
Aku tuliskan juga pandangan aku mengenai dunia, apa yang aku harapkan, apa yang hati aku inginkan.
Aku catatkan juga kata-kata dari sahabat handai yang ditulis untukku.
Semua hasil tulisan ini untuk dikongsi.
Apa juga pandangan engkau, aku hargai.
Mungkin terdapat kata-kata disini yang pernah kau baca di tempat lain.
Ya, aku banyak membaca.
Tapi aku tidak ciplak.
Jika ada hasil tulisanku yang ingin kau kongsikan di tempat lain, silakanlah.
Cuma aku harap kau ingatlah bahawa aku yang menulisnya.