Sesungguhnya,
aku kecewa, kesal, bosan semata.
Inikah balasan yang harusku terima setelah sekian lama
mendambakan diri padanya?
Adakah aku yang bersalah kerana membiarkan diriku diperbodohkan?
Tetapi....bodohkah aku?
Ya! Aku terlalu bodoh kerana hanya bersabar dengan setiap tindakan dan keputusannya.
Bagaimana dengan pendapatku?
Ahh...pendapatku hanyalah omongan kosong baginya.
Menyesal?
Terlalu menyesal aku mengenali dirinya tetapi penyesalanku sudah terlambat.
Harapanku hanya satu,
agar berkesempatan nyah dari dunia lakonan ini
walau sedetik cuma...
Akanku nantikan saat pengakhiran penyesalanku
yang pasti menjanjikan bahagia.
+ ditulis pada 2002.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan