diriku seakan diulit keresahan,
mengenangkan hidupku yang penuh khayalan.
Tidak seperti dirinya yang hatinya sentiasa
diselaputi kegembiraan.
Kusedari,
apa yang telah kudapati
adalah apa yang telah aku usahakan.
Tetapi,
tiadakah peluang untukku menebus kembali kesilapan di masa lalu?
Tiadakah harapan untukku mengembalikan kepercayaan mereka padaku?
Tiadakah?
Oh tuhan,
ciptakanlah satu peluang untukku membuktikan bahawa mereka
pasti berbangga denganku
dan aku diperlukan oleh anak bangsaku.
+ ditulis pada 2002.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan